Cinta Yang Sempurna - Part2

Assalamualaikum semua.. Sambung cerpen semalam k? Heheh. Hari ni Raja nak habiskan cerpen ni. Baca k? Kena sediakan tisu sebelah tu. Hehehe :D Okay, stop merepek, maaf raja memang terlalu 'annoying' hehe :D

|
|
|
\/

...... Aslam baru pulang membawa kek kegemaran Atirah. Dia masuk dan mengetuk pintu bilik anaknya. "Atirah, abah belikan kamu kek kegemaran. Mari, kita makan bersama sama" Seketika tiada jawapan. Dia mengetuk pintu sekali lagi. "Atirah, abah minta maaf. Abah sayangkan kamu. Maafkan abah sebab menampar kamu, abah tak sengaja." Diam, ucapannya tidak berbalas. Dia menolak daun pintu. Atirah tiada. Aslam panik!

          Kringggg! Telefon bimbitnya berdering. Dia menyambung talian. Wajahnya pucat. "Ya Allah, Atirah kemalangan!" Dia segera bergegas ke hospital. 

          Atirah bermimpi, dia melihat wajah abahnya tersenyum manis. "Abah sayang kamu", dan Atirah berlari memeluknya abahnya. "Atirah sayangkan abah juga, maafkan Atirah", lalu bayangan abahnya hilang daripada pelukan.

         Atirah terjaga, dia sedang terbaring di hospital. Seorang doktor datang dan berdiri di sebelahnya. Dia memeriksa keadaan Atirah. "Kamu perlu berehat di sini beberapa hari. Keadaan kamu stabil." Atirah pasrah, dia menunggu abahnya muncul. Tetapi setelah beberapa hari abahnya tiada juga  muncul. Barangkali abahnya masih marah terhadapnya. 

         Suatu hari, doktor datang kepada nya dengan membawa sekeping surat. "Abah kamu tidak dapat mengambil kamu. Dia kirimkan surat ini. Bacalah" 

|
|
|
\/

Atirah, tidak mudah untuk abah membuat keputusan ini. Tetapi abah percaya, inilah yang paling baik. Abah mungkin tidak dapat mendidik kamu dengan sempurna, tetapi...... abah mencintai kamu dengan sepenuh hati. Selepas hari ni, abah tidak akan menjaga kamu lagi. Abah sudah berpesan kepada keluarga angkat untuk menjaga kamu. Jika kamu menerima surat ini bererti pemindahan buah pinggang abah kepada kamu telah berjaya. Juga bermakna, abah sudah kembali ke rahmatullah. Abah bahagia ada anak seperti kamu. Abah doakan agar kamu menjadi anak solehah, yang sentiasa mendoakan abah di alam sana. 

Abah sayang kamu.

"Abahhhhhhh!" Atirah menangis dan meraung. Dia kesal atas kesilapannya. Selama ini, dia gagal menilai cinta sempurna abahnya. "Abahhh..... maafkan Atirahh!" 


TAMAT 

Hey, so whatsapp korang? Err, Raja tak tanya korang punya whatsapp name but ada tak rasa tersentuh walaupun sedikit? Hmm, sesungguhnya Cinta dari Ibu bapa lagi berharga daripada cinta daripada Sang Kekasih :) Bersyukur lah kita masih mempunyai ibubapa dan hargailah mereka. Kalau tak, Jadi macam Atirah tuu. Hehehe. Banyak pengajaran yg ada dalam Cerpen ni kan? Yeahh. Dah pergi buang tisu tu. Dah lenjun dahh :p Ohh okay. Takat sini je lah k? Dah tak larat nak menaip. Okay, Assalamualaikum ;)

Coretan Tangan Datang Daripada Hati Dan Perasan ;)