Cinta yang Sempurna - Part1

Assalamualaikum semuaaaa.... Lama nya Raja private kan blog ni and also tak update langsung. And tak edit pape pun kan? Errr, sebenarnya malas. Hahaha. Tapi kawan kawan kata, Unprivate kan blog ni and update new story. Hehehe. Okay, I will :) Hari ni Raja nak cerita something k. Cerpen yang bertajuk Cinta yang Sempurna. Sila sila sila sila dan sila sediakan Tisu :') Okay. Jom baca, hayati dan juga ambil iktibar :')
|
|
|
\/
       "Abah tak izinkan kamu berkawan dengan jantan seperti itu! Dia berniat jahat pada kamu" Jerkah Aslam kepada anaknya Atirah.

       "Abah tak boleh tuduh Awie jahat, abah tak ada bukti! Dia cintakan saya, abah sebenarnya yang mahu menyekat kebebasan saya!"

       "Tie, budak Awie itu cuba hasut kamu. Dia mahu kamu berbalah dengan abah. Dia mahu kamu lari dari rumah. Sebab dia mahu jahanam kan kamu. Tengok, dahulu kamu pakai tudung elok. Baju tutup aurat. Sekarang, tengok! Baju ketat, seluar ketat. Abah tak akan izinkan sesiapa pun rosakkan anak yang abah jaga sejak kecil dengan penuh kasih sayang," tegas Aslam.

       "Saya tak kira, saya nak jumpa juga Awie!" Dia melangkah keluar. Aslam menarik tangan Atirah dan...... pang! Atirah jatuh ke lantai.

       "Abah! Sampai hati......" Atirah menangis. Bibirnya berdarah. Aslam kesal kerana terpaksa menampar anak tunggalnya.

       "Masuk bilik kamu! Masuk!" Atirah mecak, dia masuk ke bilik dengan segunung kebencian. Aslam terduduk memandang tangannya. Pertama kali dia menampar Atirah sekuat itu. Bukan benci, tetapi sayang. Dia tidak rela melihat anak diperbodohkan oleh mat rempit seperti Awie itu.

      "Ya Allah, maafkan aku. Aku tidak ingin menjadi dayus. Aku tidak sanggup melihat anakku dihumban ke dalam neraka bersama orang orang yang fasik" Aslam berdoa. Dia terfikir untuk memperbaiki suasana. "Ada baiknya jika aku belikan kek, Atirah suka kek. Pasti dia akan lebih tenang nanti." Aslam senyum, dia bingkas bangun dan keluar kedai. 
       
       Atirah menjenguk ke ruang tamu. Abahnya sudah tiad. Dia cepat cepat melangkah keluar membawa beg pakaian. Dia mahu lari dari tempat yang diarasakan seperti neraka itu. Dia mahu bebas bersama Awie. Baginya, abah adalah penjaga yang teruk, Awie adalah cinta dalam hidupnya. Atirah menelefon Awie agar mengambilnya segera. Awie datang dan membawanya pergi. Awie membawanya ke pangsapuri. Sebaik dia memasuki rumah tersebut, kelihatan beberapa pasangan luar nikah sedang terbaring. Kelihatan juga di tepi dinding itu ada alat suntikan seperti dadah. 

       "Awie, ini rumah siapa? Mereka ini siapa?" Atirah curiga. Hatinya mula diserbu rasa takut.

       "Oh, ini tempat kita lepak beramai ramai. Itu semua, teman tidur kami"

       "Awak cakap, awak nak kahwin dengan saya. Bukan jadi teman tidur awak. Saya rasa saya nak balik" Atirah berpusing. Awie menarik tanganya.

       "Nantilah dulu. Awak baru sampai, rehatlah dulu"

       "Tak nak!" Atirah menyepak Awie dan berlari keluar. Dia sedar, dia memang ditipu oleh Awie. Dengan pantas dia berlari turun. Awie mengejarnya, "Kau takkan terlepas!" Dalam ketakutan, Atirah berlari melintas jalan. Bangggg! Dia dilanggar sebuah kenderaan. Pandangan berpinar, Dia pengsan................ 

Dah cukup suspend kan? Okay ni part 1. Nanti Raja sambung k? Hehehe. Maybe esok atau lusa Raja bagi habis cerpen ni k? Wait and see. Hehehe Selamat meneka ape yang bakal terjadi selepas itu. Heheheh, okayy, Salam Maghrib, Di sini saja la ye. Assalamualaikum ;)

Coretan Tangan Datang Daripada Hati Dan Perasan ;)

No comments: